Hari ini adalah hari pendaftaran untuk Tingkatan 6. Nampaknya aku akan memakai pakaian seragam sekolah sekali lagi. Walaupun pada mulanya aku tidak ingin sesekali untuk memasuki form 6, entah mengapa fikiranku menjadi berubah. Memasuki form 6 merupakan cabaran buat aku untuk memulakan kehidupan baru. Kerana aku akan melalui liku-liku hidup ini tanpa teman rapat aku, Faiz yg tak pernah renggang semenjak sekolah rendah lagi.
Faiz & me
Namun apa boleh buat, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Beliau akan melanjutkan pelajarannya di UiTM utk mengambil Diploma QS manakala aku hanya bakal pelajar STPM. Perjanjian kami untuk memasuki IPTA bersama-sama musnah sesekali. kecewa!!. Walaupun rayuan aku untuk memasuki UiTM dalam Diploma Pengurusan Bank berjaya, namun aku tetap tidak dapat pergi atas sebab-sebab peribadi yang tidak dapat diuruskan.Pada hari pendaftaran untuk form 6, aku berjumpa dengan rakan lamaku Alif Amirul a.k.a Ben.
Ben & me
Ben yg pernah bersekolah di STAR dari form 1 hingga form 3, then pindah ke SMT Matang form 4 until form 5. Dan kini bersama denganku di SMK Matang Jaya. Sekurang-kurangnya aku ada kawan yg dikenali di sekolah baru ini.

.jpg)
No comments:
Post a Comment