Tuesday, April 27, 2010

Pertandingan Tarian

Setelah 3 bulan kami berlatih akhirnya hari yang dinanti telah muncul.
'Pertandingan tarian antara sekolah2 bahagian Kuching' tempat bertanding adalah kat dewan MBKS.
I dan 9 org rakan I yg lain mewakili SMK Matang Jaya dengan harapan dapat membuat yang terbaik walaupun tidak mendapat sebarang nombor. Setiap sekolah harus mempersembahkan dua jenis tarian iaitu Tarian Etnik dan Tarian Melayu.

Pagi, sebelum kami berangkat menggunakan bas ke MBKS, ada krisis sikit. Biasalah bila tiba hari2 penting ni macam2 jer boleh berlaku. Nasib krisis ini tiada kena mengena dengan penari lelaki. Okla, taknaklah cerita pasal itu.. Dalam perjalanan, aku sgt kagum dengan semangat Cikgu Nadia yg sempat menyolek penari perempuan walaupun ketika dalam bas yg tgh berjalan.

Bila dh sampai di MBKS, I dgn tiba2 nya berasa sgt gemuruh walaupun I dah selalu join pertandingan2 mcm nie. Then, kami mendaftar dan mengambil tempat,. Saat busy sudah tiba iaitu masa untuk berkemas, bermake-up dan sebagainya. Pertandingan pada waktu pagi adalah tarian etnik. Dan no giliran sekolah kami ialah yg ke-6. Jadi masih sempatlah nak snap2..haha
Mac & Me putihnya muka..
Myra and Awang.

Barisan penari etnik Melanau

Semasa tiba giliran. Nerves semakin kuat. Harap2 I tidak membuat 'mistake' dalam tarian melanau ini. Dahla I yang dulu masuk atas pentas. Bila muzik dah start I semakin nerves. Bila part muzik masuk pentas I terus masuk memulakan langkah tarian sambil Nonoy di belakang I sempat cakap kt I
'Go! abg Dina!' then barulah mereka yg lain menyusul belakang I.
Sepanjang atas pentas, muka I sgt tegang, susah nk senyum. I hanya cover dgn tunjukkan gigi. :D
Bila dah lama2 barulah nerves semakin berkurang, tambahan I yang rabun tidak memakai cermin mata sgt banyak membantu menghilangkan nerves. I tidak dapat tengok penonton dan juri2 yg ada disitu. So far, sepanjang tarian first ini oklah, cuma ada beberapa penari lelaki yg adakalanya lambat pusing. Nasib baek dpt cover. Bila dh abis lega rasanya. Tapi belum sepenuhnya kerana petang nanti ada sebuah lagi tarian perlu di pertandingkan iaitu Tarian Melayu.

Tengahari, makan.. juga main2 dgn si Mac. Entah apa benda dimainkan oleh kami. Then, pakaian melanau tadi pun dibuka dan tukar pakaian biasa. Mac terlupa bawa seluar so I pinjamkan boxer I untuk dier (kira seluar pendek la). hahaha..lucu Mac pakai..berbunga2 okay. Then, kami berdua ke kantin beli aiskrim *perlukah tulis? Mmg perlu sbb aiskrim itu sgt sedap!.. Lepas tu cikgu pun suruh kami tukar pakaian untuk tarian melayu...and get ready!

Phylis , Mac and Me

Cikgu Nadia sedang m'gatur celak mata Mac.

Berair mata Mac, sbb xbiasa pakai celak

Me and Mac
Nonoy and me.. mcm pengantin x? he2
Myra & me

Cikgu Nadia & barisan penari rampaian melayu
*ya, kami tukar selendang di saat akhir.

Di atas pentas, I berasa sgt hebat..haha..tidak nerves sgt. Beat lagu yg rancak membuatkan I menari dgn penuh semangat. I rasa tarian yg kedua ini lebih mendpt sambutan dr penonton. Byk org bertepuk tangan especially part tarik selendang.=)

Antara sekolah2 yg bertanding, I sgt suka tarian etnik SMK Lundu. Sgt best, walaupun ada penarinya terjatuh topi tapi dia dapat cover dgn baik sekali. Keputusannya adalah :
1. SMK Openg
2. SMK Lundu
3. Sekolah seni
4. SMK MH
5. SMK MJ
Yea, bersyukur dpt top 5 walaupun xdpt top 3.. yelah, daripada berpuluh2 sekolah yg bertanding dpt jugak terselit top 5. =)

No comments:

Post a Comment