Hari yang dinanti-nanti telah pun tiba.
Ingat nak bangun awal tetiba boleh tidur memanjang pulak sehingga tidak ingat dunia. Nasib baik kawan I mesej bagitau untuk get ready. So, I dengan cepatnya berkemas macam superman tak tahan nak buang air besar...lols
I sudah pun siap berkemas sebelum tibanya Faiz untuk mengambil I..haha. Setelah Faiz mengambil I di rumah, then pergi ambil Khalil pulak.
Selepas itu, disinilah bermulanya cerita...
Kami pergi mengambil Bendy (budak sarikei) di Hotel Kingwood. Dia merupakan seorang budak mix chinese yang sangat hebat melakukan aksi bboy..
Kami berempat terus ke Tun Jugah kerana terdapat event di sana iaitu Street Dance Competition anjuran Era FM.
Sampainya di sana terus berjumpa dgn para Bboy dan bersalaman dgn mereka.
I paling tertarik dengan persembahan daripada Ariff a.k.a Taeyang Malaysia, yang merupakan crew daripada Stepholic yang bakal berentap untuk Top 12 Showdown 2011 di KL nanti.
Ada 6 kumpulan yang bertanding utk street dance competition ini.
Selepas semua persembahan,.. Ariff mengajak kami minum bersama sebelum keputusan competition keluar.
and yeah...resultnya.. Ariff dapat 2nd runner up..not bad..congrats!!
Ariff...memang ada iras2 Taeyang..
Sebelum tue, ada artis dari WARNER Music yg perform spt Nashrin, Wana, Jinbara dan byk lagi.. I dpt tgk Nashrin (mystarzLG) dekat2 yo!! haha
Lepas tu, Faiz dan I pergi ambil 3 orang lagi crew Stepholic yang terkandas kat The Spring coz takda transport nak ke TJ..kesian..huhu
Pesanan kepada Stepholic Crew, bila korang dah femes dalam Showdown 2011 nanti, jangan lupa jasa kami yang baik hati ini okengs...haha
Stepholic Crew
Bila dah ambil 3 org budak Stepholic itu tadi, kami kembali ke TJ semula. Lunch sama-sama..
Ariff yg baik hati telah bagi kami kupon makan free...Tengs bro!!
Tidak lupa juga kepada Khalil yg belanja I, Faiz dan Bendy makan...
so me, Faiz, Khalil, Bendy dan 7 org budak Stepholic Crew lunch together. Bestlah bersama dgn diorang.. sangat FRIENDLY!!
Lepas lunch dah takde pa2 nak buat.. Semua pun bersurai..
Sebelum tue, kami berempat sempat snap gambar dalam toilet..haha!
Bendy, Khalil, me, Faiz
Then, kiteorg hantar Bendy balik ke Hotel Kingwood semula dan seterusnya hantar Khalil balik rumah.
Tinggal lah I dengan Faiz. Kami berdua belum balik lagi. Kami pergi lepak kat pustaka.
Lepas tu I ajar Faiz beberapa step tarian.. Bila dah masuk maghrib kami berdua rehat sebentar.
dan meneruskan perjalanan ke pasar minggu satok.. jalan jalan beli baju. Beli yang sama design pulak tu, Lepas tue cari toilet, baju yang baru dibeli pakai terus..haha!! Pelik x kerja kami berdua ini??
Bila dah pakai baju baru beli tadi, kami masih belum balik, Kami berdua singgah ke Taman Sahabat.
Tempat yang sesuai untuk I mengajar Faiz dance sehinggalah pukul 10 malam.
Lepastu, terasa lapar pulak...singgahlah makan kat benteng di Satok..
Order mee kolok u'allss...berseleranya I makan.. but hujan mulai turun menyebabkan kami terpaksa balik..
huhu..begitulah saja ceritanya pada hari ini.. outing yang paling best gila babeng..!



No comments:
Post a Comment