Thursday, December 1, 2011

We are The Champion -Aksara Budaya 2011-

Salam,
So, today aku nak cerita serba sedikit tentang pengalaman aku semasa lima hari berkampung di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Memang sebuah kenangan termanis buat aku.

28 Sept 2011 (Hari Pertama)
Hari pendaftaran semua peserta dari seluruh pelusuk negeri..
Sebanyak 6 negeri yang bertanding untuk Karnival Aksara Budaya Malaysia (KABUM) ini.
Kami tinggal kat hostel LHDN. Empat orang dalam satu bilik. Tapi aku dan roomate aku special sikit.
The only 3 orang jer dalam satu bilik.. hehe. Untung kami.
Aku satu bilik dengan Estefan dan Burn.
Burn & Estefan
 First day lagi kami bertiga dah melanggar peraturan hostel..haha
Mana tak nya.. satu bilik 3 orang, tapi pihak LHDN hanya sediakan 2 katil saja.
Jadi kami gabungkanlah 2 katil tersebut. Supaya adil, semua dapat tido kat atas katil.
Selimut & bantal pun kami bertiga kongsi.
Bak kata Estefan ''kita share-share la, baruk ada ROMANCE sikit''
Wakaka...ayat sweet gay giler! xD
Actually kami tak dibenarkan mengalih mana2 barang kat dalam bilik tersebut.
Nasib baik orang lain tak tahu..wakaka.
Btw, kami tido dengan nyenyak dan selesa sekali pada malam itu.
Dan mentang-mentang aku paling muda
terpaksa mengalah dekat abang-abang and tidur kat posisi tengah-tengah.

29 Sept 2011 (Hari Kedua)
Ketiga-tiga kami lewat bangun..haha
Dalam jadual kami disuruh bangun pada pukul 6am ,
tapi kami bertiga terlebih tidur sehingga hampir pukul 7am.
Nasib baik Gilbert (ketua kami) ketuk pintu kuat2..baru kami tersedar..haha, geng2 Sarawak lain semua dah mandi, kami jer baru bangun. Memang berebut lah kami pergi mandi and kemas diri.
Lepas tu kami pergi breakfast. Then, lepak2 kat ruang televisyen sementara menunggu masa untuk taklimat di dewan.
 Kestari, kontijen dari Sarawak.

 yang duduk sebelah aku tu adalah budak Sabah.
 Kawan pertama yang aku kenal berasal luar daripada Sarawak.
Lepas taklimat kami semua balik ke bilit.
Aku ambil peluang ni untuk sambung tidur.
Sampai la tengahari then pergi Lunch kat bilik makan.
After lunch kiteorg geng Sarawak siap2 nak pergi Petra Bridal untuk sesi make up.
Perempuan yang dulu makeup so, pastu Jayil ajak aku pergi naik tingkat atas (studio) untuk tido lagi sementara menunggu turn lelaki utk di make-up.. haha
Entahlah berapa lama kami berdua tido sampai la Darrel datang kejutkan kami.
Habis makeup and pakai costume semua.. kami gi training kejap.
Pastu kiteorang pergi LHDN and get ready for the competition.
aku,jayil,vince,gilbert,burn.

after perform..

Azrol (my bezfren), abg Reza (koreografer), aku, & Grace (partner aku dalam tarian).

So far, masa perform tadilah yang paling the best berbanding dengan latihan2 kami di hari biasa. Aku bersyukur sangat. Selepas kami perform, terus kami pergi jumpa Abg Reza.. Terharu abg Reza tengok persembahan kami sampai dia menitiskan air mata. huhu.

30 Sept 2011 (Hari Ketiga)
Hari yang dinantikan iaitu untuk tarian kreatif pulak. Tarian kreatif kesemua 16 org Kestari yg terlibat, tidak seperti malam tadi just 10 org jer yang menari tarian asli bagi kontijen Sarawak
Bangun pagi agak lewat..huhu..biasa le tew.. and macam biasalah mandi, berkemas & breakfast.
Then pergi studio. yang perempuannya tengah bermake-up di tingkat bawah, sementara menunggu turn, yang laki-lakinya lepak dlm studio. Ada yang tido, ada juga yang on9... cuma aku dan Estefan jer aktif menari kat depan cermin. Sempat ajar dia step streetdance aku..hehe,.. then then then turn laki pulak make-up.
Estefan tgh di make-up oleh kak Neng.

Unik x kostum kami? hehe
Pastu, kami semua pergi LHDN dan bersiap sedia untuk berjuang habis-habisan!
So far, puas hati lah jugak tarian kreatif nie.. just aku tak suka seluar aku, longgar sangat. wahaha.
lepas dah habis semua,.bergambar..bla2bla2..
kami balik hostel.
Dalam bilik aku sorang2 ja.. sebab Estefan mungkin keluar dgn teman wanitanya and Burn pun keluar dgn kawannya.. tak tahulah kemana mereka pergi.
Nasib baik ada Vincent, yg temankan aku dlm bilik pada malam tu sampailah pagi.

01 Oct 2011 (Hari Keempat)
Hari yang dinanti-nantikan iaitu, segala keputusan pertandingan tarian Karival Aksara Budaya Malaysia bakal di umumkan.
Hari ni kami pakai costume yang semalam...tarian kreatif untuk malam penutupan.
Memang beberapa orang dari kami dah dapat hint tentang negari mana yang jadi juara..hehe
Nak tau x macam mana?
macam nie kisahnya...
Estefan bagitau Pak Bek yang dia xdapat join untuk persembahan pembukaan sebab dia ada buat persembahan bersama Band dia. Lepas tu dengan cepat Pak Bek balas yang Estefan perlu tukar pakaian lepas persembahan bersama band dia. Guna costume tarian kreatif semalam. Then Estefan balas, kenapa?? then Pak Bek tiba2 dgn tegas jawab "Degil kau tok, pake jak baju ya!"
Dari situ kami dah tau..hehe..
Malam nya pulak, before acara bermula, kami dah siap guna segala kostum dan make-up.
TAPI, Pak Bek tiba2 marah sebab semua make-up pada muka kami kelihatan pucat, so, dia mahu kami make-up semula. Kami semua pun hairanlah dengan perangai Pak Bek,.. macam ada udang di sebalik batu.
Then aku terlihat ada props kami kat belakang pentas? aku pun hairan kenapa dorang letak props kami kat backstage, adakah kami akan buat persembahan lagi?? setahu aku Juara keseluruhan yang akan buat persembahan sekali lagi..emmm..now i know why.. :D

 Semasa pengumuman keputusan dibuat, kesemua kami Kestari Sarawak berpegangan tangan dan hatiku sangat berdebar-debar.
Mula-mula keputusan untuk Tarian Asli. Actually kami aim Kostum Terbaik untuk tarian asli nie.. tapi bukan kami yang dapat..huhu... start dari situlah kami terus xda semangat.. Tapi syukurlah kerana untuk Tarian Asli kami dapat Naib Johan.
Seterusnya adalah keputusan Tarian Kreatif.. inilah saat yang paling BEST dalam hidup aku!
apabila kesemua kategori untuk Tarian Kreatif kami yang sapu habis. semangat kami terus naik dan sekaligus jadi juara kategori Tarian Kreatif.
Seterusnya adalah pengumuman untuk JUARA KESELURUHAN...
MC pada malam tu dengan nada yang suspen mengumumkan...
''Juara Keseluruhan bagi Karnival Aksara Budaya Malaysia 2011 adalah...Kolej...
...SIDMA SARAWAK!!!!!''
Aku terus melompat bagai orang gila dan terus dipeluk oleh Estefan sehingga tercekik ..huahua..
Memang Happyyyyy dan bersyukur sangat-sangat!!  jadi kesemua kami Kestari Sarawak naik atas pentas untuk penyampaian hadiah.

Tarian Asli
Kostum Terbaik - Kolej Yayasan Melaka
Susunan Muzik Terbaik - Kolej Sidma Sabah
Tempat Ketiga - Kolej Sidma Sabah
Naib Johan - Kolej Sidma Sarawak
Johan - Kolej Yayasan Melaka

Tarian Kreatif
Kostum Terbaik - Kolej Sidma Sarawak
Susunan Muzik Terbaik - Kolej Sidma Sarawak
Tempat Ketiga - Kolej Sidma Sabah
Naib Johan - Kolej Yayasan Melaka
Johan - Kolej Sidma Sarawak

Juara Keseluruhan
Kolej Sidma Sarawak.. yey!
juara!
with my Sabahan friend, Aerry.

02 Oct 2011 (Hari Terakhir)
Hari yang menyedihkan sebab hari yang terakhir berada dekat LHDN.
Aku bakal merindui segala kenangan manis & suasana sepanjang 5 hari berkampung di sini.
Sedih sebab terpaksa berpisah dengan kawan-kawan baru dari negeri-negeri lain.

Malam nya pulak Tuan Haji sponsor kami (penari primadansa Sabah & kestari Sarawak) makan kat steambot. Seronoknya!


with Ateng, Sabahan friend


Habis dinner, di situlah kami berpisah..sedih sungguh. Sabah & Sarawak antara group yang paling rapat sepanjang berada di LHDN, akhirnya terpisah juga pada malam itu... huhuhu
Semoga berjumpa lagi kawan-kawan!
Gonna miss all of you.

No comments:

Post a Comment