Thursday, April 21, 2011

Balik Kampung!

o wo! wo! Balik Kampung! haha.. seronok tau dapat balik kampung.
Lebih-lebih lagi orang macam aku yang suka travelling.
Dah baca kan entry aku sebelum ini? Waktu tu excited giler nak pergi, tapi sekarang dah balik Kuching.. sedih!

Baiklah, kami sepatutnya berangkat pada pukul 2 pagi, entah lah tetiba delay pulak,  menyebabkan berangkat pada pukul 5 pagi.
Perjalanan yg mengambil masa lebih kurang 10 jam untuk sampai ke Dalat.. Tengok lah kalau selalu berhenti-henti. Kalau x, lebih kurang 8 jam pun boleh sampai.
Pit stop pertama kami adalah di Serian.
 Around pukul 7 pagi. Muka action gile babeng! haha
Aku pun xsure, kat Serian ker nie? yg penting berdekatan area tu jugak. ahaha.
Di sini aku beli snek or apa2 sahaja yg boleh dimakan dalam kereta nanti sepanjang perjalanan.
5 jenis colour yg berbeza. Aku mintak sikit kacang Nips dari adik aku..haha
Then, Pit Stop yg seterusnya adalah di Sri Aman.. kat simpang yg ada kedai makan. Tau-tau lah mane letaknya tempat itu. Disana lah kami breakfast..*sorry, takde gambar.
Then kami teruskan perjalanan ke Sarikei.. Mase nie , aku tido dalam kereta, yelah kan, letih, actually belum tidur lagi since last night. Sambil tido, sambil dgr mp3 lagu k-pop..
Lalu aku terjaga di persimpangan ini.
Tiba2 ayah aku berhentikan kenderaan, aku pulak tidak ketinggalan mengambil gambar.. haha
Oleh kerana aku tertidur dlm kereta tadi, aku tak tahu di mana aku berada sekarang. Sarikei or Sibu? haha
Kami pun teruskan perjalanan.. dan aku sambung tido balik..kekeke
Sehinggalah sampai ke sebuah kawasan yang sangat cantik ini. Adakah aku masih tidur dan bermimpi?
Tiba-tiba aku berada di Beijing, China.
Percaya atau tidak? kekeke
Percayalah yer!..sebenarnya tempat nie memang ada, tempatnya adalah jalan on the way ke Selangau.
Agak besarlah jugak kawasan ini.. ala-ala di Beijing gitu..
lama lah jugak singgah sini, ambil gambar banyak-banyak sebagai kenangan.
Then, kami teruskan perjalanan.
Singgah ke Petronas di Selangau utk isi minyak.. *ceh perlu ke bagitau? haha
Lepas tu masuk jalan Ladang. So far, jalan Ladang sekarang better than dulu lah.
Zaman dulu kala, jalan Ladang ni mengambil masa berjam-jam untuk sampai ke Mukah,
now alhamdulillah 45 minit jer! Jalan dah elok.
Aku suka sangat view sepanjang jalan di Mukah ni, indah sekali, ada sungai yg cantik.
*Sorry takde ambil gambar..
Sampai Mukah around 3 petang, then kami lunch kat sebuah restoran.
saje nak tunjuk yang aku adelah minum Ice Lemon Tea.. :)
Lepas lunch, kami ke Dalat lah,. xla jauh sangat Mukah ke Dalat.
Sampai di Dalat, kami singgah sebentar ke Kampung Balan. kampung ku :)
lepastu pergi rumah cousin ayah aku pulak.
Sunset glow kat kampung cousin ayah aku..
Best tengok sunset sambil lepak2.
Sangat suka hidup di kampung. ;( *menangis

Kami tidak bermalam kat Kpg Balan, tapi bermalam kat rumah abang kepada emak aku di Kpg Brunei.
Still kat Dalat ok.. nama jer brunei..kekeke

Keesokan harinya..
Aku yang baru bangun. Pukul 7pagi ok. Selalunya kalau di Kuching, tengahari baru bangun.
Bangun and cuci muka, lepas tu, aku nak jalan-jalan kat jeti di sungai.
Lihatlah rupa aku yang BELUM MANDI...hahaha!
Suasana dan udara kat sini memang menyegarkan.
Aku jalan-jalan sambil terjumpa dengan kawan lama yang sekarang dah bujang nampaknya, haha
Dulu kecik jer..
Dah penat jalan-jalan sambil exercise,  aku balik rumahlah..dan sarapan..
lepastu, adelah benda aku buat..takkan lah nak cerita..panjang sangat! hehe
around 2petang camtu, packing barang.. belum lagi balik Kuching,
Ayah aku nak bawa kami jalan-jalan dan tidur di hotel Sibu. Bestnya!
Pada masa yang sama, sedih lah jugak, terpaksa tinggalkan kampung halaman. :(
selamat tinggal Dalat
Kat Waterfront Dalat,
Jangan ingat kat Kuching jer ada..hehe

Haha..ada bakat x jadi model Tandas Awam?
Ni tandas awam kat Selangau kalau x silap..on the way ke Sibu
*sepanjang perjalanan ke Sibu aku tidur*
Sampai jer Sibu, aku terbangun, and terkejut, kereta dah parking depan Hotel.
Kami menginap kat Hotel Tanahmas, around 8malam lah sampai.
*aku takde byk snap gambar, kebanyakannya dlm hp emak aku*
Gambar dlm hotel. Gedik nya kami dua beradik! haha
Lepas kami dah simpan semua beg-beg dalam bilik, then kami jalan kaki pergi Dinner kat KFC jer.
*gambar dlm hp mak aku*
Lepas tu balik hotel semula, mandi, dan ada adik-adik aku yang lain pergi tidur.
Aku pulak on9. then tidur lah..haha
Aku tidur kat atas sofa panjang yg comel.
*again gambar dlm hp mak aku*
malas lah aku nak bluetooth..penat~kekeke
Esok pagi pulak
Aku menggunakan baju feveret aku.. I love Korea!
lepas tu, kemas barang lagi, check out, satu malam jer kat hotel ni.
Tgh ayah aku check out, sempat pulak ambik gambar kat lobby hotel.
Inilah namanya pose tak cukup tidur..kekeke.. bersama dengan adik dan emak aku.
Gambar dgn adik aku yg sorang lagi.. pantang tengok cermin..
Lepas checkout semua, ayah bawa kami jalan-jalan sekitar Sibu,
termasuklah jalan-jalan di Wisma Sanyan.
Lunch pulak kat Pizza Hut jer,
Pizza hut..
btw, aku telah berjumpa dgn Junhyung BEAST, meja makan dia kat depan meja kami.
OMG! haha..takdelah, muka die jer macam Junhyung!
orang cina kat sibu ni memang stail2 yer!
Dah habis makan.. kami pun meneruskan perjalanan balik Kuching,
Begitulah saja kisahnya..huhu, agaknya, bila dpt pergi lagi yer?

No comments:

Post a Comment