Salam.
Sape dah tengok cerita Penunggu Istana? Sudah dikeluarkan di pawagam sejak 21 April lepas.
Hari ini aku dan kawan aku sempat jugak tengok cerita ni walaupun tiada dalam perancangan langsung.
Cerita nie ada 4 orang watak utama, Mus, Amar, Sara dan Fira.
Cerita ni tidak ada pengarah atau penulis skrip pun.
Diorang rakam sendiri and bercakap secara spontan.
Aku sebenarnya masih confuse.. adekah cerita nie REAL or lakonan semula..
Seriously, nampak macam real,
Aku dah search kat internet, tapi xjumpa pun nama pelakon-pelakon ni. Adakah mereka memang dah mati dalam cerita itu?
Masa ending (kredit) cerita nie ada tulis, al-fatihah kepada Mus dan Fira.
Amar pulak menghilang.. satu jer menjadi tanda tanya.. apa yang jadi kat Sara? cerita ni x habis lah..
so far, memang cerita nie hebatlah kan bagi cerita paranormal pertama di Malaysia.
BTW, aku akan terus mencari or search mana-mana sumber, adakah cerita ni real atau lakonan semula.
Korang harus tengok jugak tau, then barulah korang paham apa yang aku maksudkan di atas, and kenapa aku beriya-iya sangat nak tahu adakah ianya real atau lakonan semula.
SINOPSIS
Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak. Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’). Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza. Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ. Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.

No comments:
Post a Comment