Wednesday, June 1, 2011

First runner up..

Anyeonghaseyo!
Tarikh 29 Mei 2011, merupakan hari yang sangat-sangat bermakna kepada diriku yang bergelar budak gila Kpop!.hehe.. tambahan pula, hari tu aku berumur 20 tahun 1 bulan.
Yang follow and  baca entry aku sebelum ini tentu tahu apa yang terjadi pada tarikh tersebut.
Ya, 29 Mei, hari yang aku nanti-nantikan.
Kpop Dance Competition,
yang bertempat di Sarawak Plaza, excited siot!!
Baiklah,
Before bertanding, kiteorang (Exothermic Crew) bergumpul rumah Kay, the only girl dlm group kami.
Dia lah jadi jurumekap kami semua. Thanks Kay!

Kitorang sampai Swk Plaza, 30minit sebelum start..
Then aku pegi daftar sebagai wakil Exothermic Crew, and cabut undi... dan...
aku semakin gila babi nervous, kerana turn kami adalah yang ke 2..
Ya ampun, awal sekali!! semuanya ada 16 group.. Aku pun ok je lah. Terima seadanya.
Lepas tu kami pergi get ready, betulkan apa yang patut seperti pakaian dan minum2 air sikit.
Sehingga lah turn kami..huhu..
Masa kami perform memang ada sikit mistake, tapi aku pasti penonton xperasan.. kekeke..
Teruskan jer, dengan sepenuh jiwa raga menari.
Dan bla, bla,bla, sampai semua group abis perform, semua pun rehat kejap.
Malas nak menaip panjang-panjang..huhu
Dan sudah tiba masa umum keputusan.
Pengacara umumkan Top 3 yang masuk final dimana akan perform lagi sekali.
Aku terkejut giler baby ok apabila nama group kami disebut first2 dlm top 3 itu.
Alhamdulillah aku bersyukur sangat.
Dan diikuti dengan 4PM Crew dan Funky Crew.
Tiga group ini lah yang masuk final.
Jadi kami pun perform lagi sekali.
Before perform, aku dah bagi kata-kata semangat kepada team aku supaya buat betul-betul dan enjoy.
Dan keputusan nya....
Kiteorang (Exothermic Crew) dapat no.2 keseluruhan daripada 16..
Aku terkejut.. langsung tak percaya ok!
Dan kalau korang nak tau, orang yang dapat nombor 1 sampai 4 
semuanya bawa lagu daripada JYP entertainment. Hebat!
FUNKY CREW - Champion
Bawa lagu daripada 2PM - Tired Of Waiting

EXOTHERMIC CREW - First runner up
Bawa lagu medley daripada 2PM - Without You + I Hate You + Again Again

4PM CREW - Second runner up
Bawa lagu daripada 2PM - Heartbeat

VnG CREW - Third runner up
Bawa lagu daripada Miss A - Breathe

Itulah dia empat tempat teratas...
Anyway aku still tak percaya dapat Second place..huhu..syukur sangat!
Top 3
Bersama dengan judges pada hari itu..

p/s : Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada ahli-ahli kumpulan aku Faiz, Along, Kay, Farhan yang telah banyak membantu dan bagi komitmen yang baik sepanjang latihan diadakan. Kepada Mama along juga yang memberi banyak nasihat kepada kami semua. Muiez dan Hafiz yang telah berkorban merakam video kami dalam HD.. serta semua sekali lah! Terima kasih! Kamsahamnida!

No comments:

Post a Comment