Tuesday, June 28, 2011

Aku student degree #1

Salam,
Wow! Rindunya aku nak menaip disini. Apa khabar blog ku! Rindu kamek sik? haha
Sekarang aku sudah berada satu langkah di hadapan..Paham tak maksudnya?
Maksudnya aku dah mula berjuang untuk menggenggam segulung degree/ijazah.
Tahniah buat diri sendiri yer! hehe

Pendaftaran Unirazak Intake June 2011
Masa pegi daftar dulu..(7 Jun)..aku pergi dengan mak aku. Kalau aku pergi sorang2, segan lah pulak.
Kali pertama pulak tu. Nasib baik ada seorang abang senior kat sana byk tolong aku organise borang2 aku dan macam-macam lagi. thanks a lot!

Orientasi (10-12 June 2011)
First day orientasi pakai pakaian formal. Smart jer aku..haha, orang pertama yang aku kenal adalah Jack. budak Limbang. dia memang friendly lah. baru jer 18 tahun..ambik diploma.. so far, first day orientasi kebanyakan ceramah jer lah..and sesi perkenalan MPM Unirazak (majlis perwakilan mahasiswa/wi) .. dan nak tau tak? abang senior yang tolong aku masa daftar dulu, salah seorang daripada MPM rupanya.
Selain itu, CEO (tuan haji) iaitu bapa kepada kawan se-dancer aku sempat jugak sebut nama aku semasa dia tengah berucap kat depan and cakap yang aku ni memang suka menari ..lol..
Second day..ada lah ceramah sikit..and peserta2 intake baru dibahagikan kepada 10 kumpulan. Di sinilah aku berkenalan dengan ramai kawan. Terutamanya, Christopher yang aku makin rapat sekarang.
Hari terakhir orientasi pulak ada aktiviti yang dibuat oleh MPM, memang seronok lah!
Team aku..(One Peace)
diketuai oleh Isma (yang tengah separa duduk)
Masa penutupan orientasi, ada sesi bersalaman dengan MPM.
Dalam byk2 MPM, abang senior yang tolong aku masa daftar dulu lah the only yang bagi pelukan and nasihat yang berguna kepada aku..xsangka dia masih ingat aku. thanks a lot! Orang macam dia lah yang aku akan ingat sampai bila2..

Kelas bermula (13 June 2011)
Untuk semester 1 yang pendek nie, aku cuma ada 3 subjek jer. Ada satu subjek xsangka sama kelas dengan Christopher. sebenarnya byk benda aku nak cerita kat sini tapi... tau2 je lah.. aku dah lupa.

Hari Sukan (18 June 2011)
Hari sukan aku tak ambil acara, cuma masuk pertandingan lintas hormat saja. oh ya.. aku adalah rumah Merpati (Biru). Christopher jugak rumah Merpati..itulah yang menyebabkan kami sgt rapat. xlupa juga Marvina, Shen, Paul, Louise yg juga rumah merpati dan sama intake dgn aku.. 
Kami jadi rapat. dan tidak lupa juga kepada kakak-abang senior yang lain.
muka-muka juara...
Keseluruhannya rumah kami (Merpati) adalah Juara..
Begitu juga dengan lintas hormat..kami juga juara.. xsia-sia berlatih sampai malam..bangga ku doe!
Kami menang RM500, duit tu utk kegunaan kami pada sukan yang ke-3 semester depan. 
Dalam satu tahun ada 3 kali sukan.. seronok kan!

Rasanya sampai di sini sajalah untuk kali ini. Sebenarnya byk lagi yang aku nak taip. Byk perkara berlaku semenjak aku bergelar student UniRazak ni walaupun baru jer 3 minggu...huhu.. Kalau ada masa free lagi, aku sambung balik.. see ya!

No comments:

Post a Comment