Monday, July 11, 2011

Lonely lonely lonely

Salam,
Hari ini aku mengalami sakit perut a.k.a cirit birit....menyebabkan aku lewat ke kelas.
Kelas start pukul 8am aku sampai setengah jam kemudian..huhu.
Nasib lecturer tak marah.
Agak lonely lah jugak dalam kelas hari ni sebab kawan aku Vee tak dapat datang.
Bila abis kelas aku pergi lunch sorang-sorang kat KFC. kesian aku. Selalu Vee ada bersama aku.
Pastu aku mesej Chris, cakap aku tgh keseorangan.. Thanks god, dia sanggup datang pergi jumpa aku kat KFC.. Nasiblah aku ada kawan macam dia. Sangat setia kawan. Kebetulan petang nanti kami ada kelas yang sama. Tapi sanggup pulak dia turun awal demi aku kan?. huhu. *terharu*

Cute! aku jumpa dalam kereta Chris.. dengan dihiasi duit syiling 30sen..haha

Chris dan Aku.. before masuk kelas... smart bro, tengah atur neck-tie.. ;)

Time masuk kelas, terkejut pulak aku Vee tiba-tiba muncul. Ingatkan dia tak datang.. ok lah tu, tak lonely macam pagi tadi, chris ada, vee pun ada.. Biasalah budak baru mcm aku belum banyak kawan sangat. Ada lah jugak kawan tapi tak sama course.
Dalam kelas Miz Normah..aku sangat  suka, sebab dia ajar best. memang tak ngantuk..hoho
 Kami belajar tajuk Organizing.. dengan kehendaknya hidup aku akan lebih organize.. haha
emm...hilang idea nak menaip pulak...
oh..ya, Jumaat ini ada kuiz.. assignment aku belum hantar lagi..huh... byk kerja nak buat minggu ni.

Then balik rumah, lepas tu keluar rumah lagi. 
Pergi ujibakat Aksara Budaya untuk jadi wakil UniRAZAK. Aku tak tau apa benda Aksara Budaya nie..baru first time dengar.
Aku pergi sorang-sorang takda teman. Again lonely.
Masa di uji.. huhu..nerves.. sebab tak pernah di uji secara solo.. SERIOUSLY..
Aku ni memang ada sedikit penakut..huhu.. 
Slalunya diuji secara berkumpulan. dengan geng-geng Exothermic crew. 
Tapi sekarang aku keseorangan..
Tak tau lah kenapa aku pergi jugak uijibakat ni, banyak org suruh pergi, termasuk Tuan Haji sendiri..jadi aku pergi ja lah,. tak nak menghampakan mereka semua. Aku nie tak lah hebat pun. Masa dinilai, dorang suruh aku menari moden dance.. Itu boleh la aku buat.. next... buat tarian melayu jadi aku menari lah Zapin, yang pernah aku jadi wakil sekolah menengah dulu. Next lah agak menyakitkan sikit.. Encik tu (tak tahu nama) suruh buat ngajat..dalam hati aku sudah..omg..apa aku nak buat? Jadi aku cakap jujurlah yang aku tak pandai ngajat. Then dia suruh aku cuba buat tarian orang ulu.. lagilah aku tak pandai.. T.T
Nasib bait dia sebut tarian melanau.. aku memang darah daging orang MELANAU taulah jugak sikit tarian melanau.
Next, Encik tu suruh buat suka ati apa yang aku tahu,, jadi aku buatlah step breakdance ntah apa2 aku tu.. Tiba-tiba Encik tu cakap.. 'Okey..cukup...anda DIPILIH..' Aku pun jadi..hahhh???
Aku yg tak tau Ngajat, iaitu step yg wajib diketahui bagi dancer org sarawak pun dipilih ke??
Fuhh..nampaknya...nanti aku akan semakin busy kot.. mahu belajar lagi..
Semakin kurang masa dengan Exothermic Crew nampaknya.
Banyak lagi event Exothermic nak join nanti..
Apa aku nak buat??
Tarik diri?
atau Berhenti jadi leader Exothermic?
And lantik salah seorang jadi leader baru???
Sapa pulak nak jadi koreografer dorang nanti? emm..
Takkan lah aku nak melakukan perbuatan itu semua..tak bertanggungjawab langsung aku ni.
huhu.. aku sebenarnya taklah hebat pun.. aku tak hebat ok!
Aku manusia biasa..terima kasih dan selamat stress macam saya semuanya.

2 comments:

  1. waaaaaaaaaaaaaaaaa ktk dipileh ka ari marekkk ? eee rugi xngga ktk ! yerrrrrrrrr gxgxgx knak pileh ! :D

    ReplyDelete