*disarankan untuk memainkan lagu sedih ketika membaca entri ini*
Salam,
Semester 5 sudah tamat.
Sedar tak sedar aku dah nak masuk semester 6, akan ambil subjek major nanti.
Begitu pantas masa berlalu.
Semalam, hatiku sangat tersentuh apabila membaca 'tweet' dari seorang insan ini.
dan juga ini,
terharu... and i'm really-really speechless..
*mari flashback tahun 2011*
Semasa aku still di semester satu (baru seminggu masuk Unitar),
Ketika itu, dia Pengerusi untuk KESTARI.
Mereka membuka kaunter untuk pendaftaran ahli baru KESTARI.
Itulah kali pertama aku jumpa dia.
Aku daftar sebagai ahli dan dia sempat promote Fb. Balik rumah aku terus add dia.
Aku tak tahu dari mana dia tahu bahawa aku adalah seorang penari di luar.
Hakikatnya aku tidak datang pun pada ujibakat itu,
mungkin aku terlalu sombong pada ketika itu.. aku benar-benar kesal dengan sikap aku dulu,
Tapi dia tak pernah putus asa,
mereka buat ujibakat untuk kali ke dua,
dan dia tak pernah berputus asa untuk suruh aku datang ujibakat...
dan aku benar-banar rasa bersalah terhadap dia.
Jadi aku membuat keputusan untuk pergi dan Alhamdulillah terus dipilih.
Bak kata beliau 'kami memerlukan team yang kuat'
Alhamdulillah,
pada tahun tersebut kami telah menjadi JUARA KESELURUHAN.
Selaku pengerusi, dia memang banyak bagi semangat kepada kami.
*flashback tahun 2012*
Dia tidak lagi menjadi Pengerusi KESTARI.
Dia sudah naik pangkat jadi ketua Majlis Perwakilan Pelajar.
Semasa pembubaran AJK KESTARI, tiada siapa pun yang sanggup memikul tanggungjawab untuk jadi setiausaha kelab.
Dia berjaya memujuk aku untuk memikul tanggungjawab itu.
Dan dia memang banyak bagi moral support kepada aku.
"Saya Caya Kamu Memang Boleh"
Ayat yang memberi aku kekuatan sapanjang tahun 2012..
walaupun aku diperlakukan seperti hamba oleh seseorang sepanjang tahun tersebut,
tapi aku tetap tegak berdiri melaksanakan tugas aku sebagai setiausaha.
Terima kasih untuk SEGALA-GALANYA Gilbert!
Aku xkan lupa saat kita tiga bermalam di hotel Riverside, bilik 704,
lepas selesai Majlis dinner Pelajar.
pergi kayo-kayo tengah malam, lepak pergi mcD.
pukul 3am baru masuk bilik.
then 'pillow talk' before tidur.
then 'pillow talk' before tidur.
Bangun pagi breakfast kopi & maggi cup yg dibeli di 7eleven kat seberang. Haha
Apapun, Chutchut nak padah thanks for EVERYTHINGS...
All the best for practicum next sem.
Selamat menjadi seorang pendidik yang berjaya!









wow~~~~begitu sedih cerita nya
ReplyDeletesaya kembali baca tok lok... yahhh.... see u kinek dah makin berjaya zul... heheheheh
ReplyDelete