Wednesday, January 30, 2013

Pengalaman "2 Hari 1 Malam"

Sesungguhnya, setiap kenangan akan meninggalkan bekas di ingatan, namun ianya juga mampu pudar ditelan masa dan usia. Ada baiknya juga setiap kenangan ditulis agar bisa dirujuk dan kekal di ingatan buat selamanya.
Itulah tujuan utama blog Antologi ku ini dicipta.
As Salam,
Entri pada kali ini, aku akan menceritakan pengalamanku bersama dengan seorang sahabat dan penari-penari Petra selama 2 hari 1 malam.

Jumaat, 25 Januari
Hari ini kami ada raptai untuk teater Gaza muzikal di DeTAR, Unimas.
Seawal 8pagi menanti kehadiran seorang sahabat di rumah. bila dia sudah sampai, terus bergerak ke Studio Petra untuk menolong Pak Bek bawa segala props kegunaan rehearsal. Bila sudah selesai, kami semua bergerak ke Unimas.
Lebih kurang pukul 9.30am kami sampai.
Sangat terpegun dengan dewannya yang besar & serba canggih. 
Penyesuaian pentas dilakukan dalam 2 kali sebelum full rehearsal, aku buat ala kadar je...
time full rehearsal barulah aku buat all-out. Itu memang style aku dari dulu.
(Tiada gambar nak di isi kat sini, tak sempat snap)
Dah selesai raptai, Pak Bek belanja kami makan tengahari di sebuah restoran sekitar Kota Samarahan, entah lah aku lupa nama restoran itu.
Lepas makan, kami balik lah.
Tapi, aku dan seorang sahabat ni tidak balik. Teman dia pergi somewhere.
Bila dah hampir 5pm baru la singgah rumah masing-masing, ambik barang-barang untuk show malam nanti.

Lepastu bergerak ke Dewan Suarah. Ada show untuk event "Blood Donors".
Kami bawa 3 jenis tarian dimana "satu hari" saja berlatih semua itu.
Seriously boleh sesat dalam Dewan Suarah sebab kami dua tidak tau dewan yang mana satu mereka guna. Pusing punya pusing akhirnya jumpa jugak.
Lepastu tukar pakaian, make-up sikit, pergi makan, dan get ready untuk persembahan "Opening".
Kamilah student dan bekas student UNITAR.
Aku tidak hafal 100% tarian ini.. Tapi berjaya buat yang terbaik dengan kuasa 'ekor mata'.
Siapa penari taula apa maksudnya itu..haha
Lepas tarian "Opening", kami tukar pakaian untuk persembahan ke dua.

Chammak Challo
Tarian kontemporari India. Sempat berlatih kat belakang stage sebab aku belum hafal sepenuhnya.
Sangat enjoylah dengan tarian ini. Alhamdulillah, masa show, aku tidak lupa step.

Next tukar pakaian lagi untuk persembahan yang terakhir.
Modern dance, persembahan yang ku tunggu-tunggu. hehe
Confident level memang agak tinggi la sebab dah selalu bawa tarian ini kat kolej.
Cabaran menari guna kasut formal, memang licin.
Itulah saja persembahan kami pada malam tersebut, lepas tu kami kemas2 dan pergi Samarahan.

Aku dan sahabat seorang ni singgah rumah aku dulu sebab terlupa bawa tuala & berus gigi.
Lepas tu kami berdua pergi jemput Nana & 2 orang penari kecil molek.
Mereka tumpang satu kereta pergi Samarahan.
Dan misi mencari hotel di Kota Samarahan bermula. Sehingga kami boleh tersesat.
Sudah lewat malam, 12am lebih, masih belum jumpa hotel tersebut.
Memang riuh rendah kami dalam kereta masa ni. Haha
Jadi sementara menunggu penari2 lain yang masih dalam perjalanan dari Kuching,
kami berlima dalam satu kereta singgah di warung 2000.
Aku dan seorang sahabat tapau Nasi Ayam Mak Ente untuk di bawa ke hotel.
teringat dengan seorang lagi sahabat yang pernah bawa kami makan kat sini dulu bersama cikgu Fred.
Sudah siap makanan di tapau, kami kembali untuk mencari hotel.
Sehingga kredit Nana habis call semua orang semata-mata untuk cari hotel kami itu.
Pusing punya pusing, last-last jumpa jugak hotel itu.
Memang tersembunyi la lokasinya. Sangat tidak strategik.
Then, kami angkat barang-barang kami naik ke bilik. Boleh tahan besarlah bilik, mampu muat 14 orang penari.
Lepas tu, aku dan sahabat pergi bawah, makan Nasi Ayam Mak Ente yang di tapau tadi. Memang lazat!!
Lepastu naik bilik, gi mandi dan pukul 3 pagi baru mata boleh tidur..

Sabtu, 26 Januari
Pukul 4am, aku terbangun sebab tak tahan mau masuk tandas..haha
Cermin mata di sebelahku, ambil saja, entah siapa yang punya, kabur semacam jak bila aku pakai.
Lepas itu sambung tidur balik.
Pukul 5.45am lebih macam tu, aku di bangunkan oleh seorang sahabat. Dia suruh pergi mandi.
Kami dua la orang paling awal mandi.. Terima kasih kepada dia jugak sebab tak perlu nak berebut mandi dengan penari-penari yang lain.
Rupa-rupanya juga dia guna cermin mata aku.. haha
Macam mana la kami boleh tertukar..
Bila orang lain tengah berebut tunggu giliran nak mandi,
kami berdua pergi sambung tidur dengan senang hati. Haha
Sehinggalah Pak Bek masuk bilik suruh turun breakfast kat restoran di bawah.
Roti Canai...nyum nyum.. terus jumpa Haffez.. budak Unitar Sabah.
Dia datang bersama abg Reza, untuk tengok show kami kejap lagi.
Selesai breakfast, kemas-kemas dan pergi Dewan TAR Unimas.
Pemandu & penumpang-penumpang Viva.
Dah sampai Unimas, macam biasa, salin pakaian dan get ready untuk persembahan.
Persembahan untuk teater Gaza muzikal. 
Bersama dengan si kecik yang hebat berlakon, Elyana.

Haffez, rakanku dari Unitar Sabah.

Menunggu giliran untuk membuat persembahan memang mengantuk, lebih-lebih lagi show di waktu pagi. Sahabat sorang ni sudah tertidur menunggu. Aku layan game dalam hp saja lah.
After persembahan,
Alhamdulillah,, mesej persembahan kami berjaya disampaikan sehingga terdapat penonton yang menitiskan air mata.. Persembahan yang menyayat hati mengisahkan kepayahan hidup insan-insan di Gaza.
Sehinggakan ada seorang penari Petra tercedera, terluka jarinya semasa aksi 'perang'. Titisan darah menitis dengan banyak pada kain props kami.. Darah pun turut hadir bersama sepanjang kami melakukan persembahan ini.

Selesai persembahan tukar pakaian dan pergi makan, makanan yang telah disediakan oleh mereka.
Lepas itu, kemas-kemas dan balik hotel semula.
Simpan semua barang dalam kereta dan balik Kuching... huhu

Aku dan sahabat sudah berjanji dengan Haffez pergi bawa dia jalan-jalan pada pukul 2pm.
Kami bawa dia pergi main bowling. Boleh tahan jugak dia main
Tengok pada game ke-5, semua strike.. haha

Lepas main, pergi tengok wayang. The Last Stand.
Intro cerita dia agak slow sikit lah.. sehinggakan... ...
pada waktu itu, aku duduk di tengah-tengah. Mereka berdua duduk kat tepi aku.
Bila aku toleh kiri dan kanan.. dua-dua tidur dibuai mimpi..
Haha.. aku rasa nak tergelak sorang diri.. Tidak apa aku memahami, penat agaknya.. 
Apa-pun pun klimaks cerita ini sangat menarik dan best especially part kereta dan aksi tembak-menembak.. 

Selesai The Last Stand, kami pergi makan. Kami bawa Haffez makan kat foodcourt Tun Jugah.
Time ini sudah hampir 7pm tapi hari masih cerah. (perlukah bagitau?)
Makan,makan,makan sambil bercerita...
Habis makan singgah Popular.

Lepas itu kami balik lah.. 
Tak dapat nak melepak sampai lewat malam sebab aku ada latihan dengan Exothermic Crew.
Pergi hantar Haffez balik dulu kat Samariang.. lepas tu aku suruh sahabat aku ini hantar ke tempat aku berlatih. Sampai di situ sajalah kisahnya..

Apa-apa pun aku ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat aku ini sebab sanggup jadi driver untuk perjalanan yang panjang selama 2 hari 1 malam ini. cewah..
Walaupun kau berhutang dengan aku duit bowling..haha .. tapi aku halalkan saja sebagai penat lelah ko jaga aku selama tok. Selamatkan aku dari berebut mandi dengan orang lain dan macam-macam gik lah.
Terima Kasih Acii.

No comments:

Post a Comment