Thursday, July 8, 2010

Kawan yang baik

Encik Blog, penyakit demam I dtg semula pada hari ini.
Pagi tadi, I membentangkan hasil kerja dengan nada suara yg tersekat-sekat serta batuk2 manja...
Sangatlah bertarung nyawa berdiri dgn agak lama di depan kelas. Dlm hati hanya pikir nak abis cepat.
Bila dh abis, kepala semakin pening. I yang sedang memakai blazer telah meminjam lagi sweater kawan sehingga memakai berlapis-lapis seperti di kutub utara. Sejuk nyawa I.
Dalam banyak2 kawan, ada jugak yg ambik berat pasal I. Terima kasih Ping Seng.
Semasa kepala I sudah baring di atas meja, dgn tiba-tiba Ping Seng merasa dahi I yg panas.
Dia jugak yg bagi pil Uphamol kat I. Dari semasa ke semasa, dia asyik tanya tentang keadaan I.
Sgt baik hati nya...
pil itu membuatkan I sedikit berpeluh dan hilang pening kepala.
Kesan pil itu menyebabkan I mengantuk, terus tertido dlm kelas. Nasib ckgu xmengajar.
Bila I bangun, ada jugak geng yg turut join tidur...wahaha..lucu sekali,..

Itulah dia Ping Seng, berdiri sebelah kiri. 


-Terima kasihlah sedara sedari-

No comments:

Post a Comment