Saturday, July 10, 2010

Rahsia Hebat Aku

Dua tiga hari ini memang I berasa pelik jer bila berjalan-jalan dalam kawasan sekolah.. Kemana saja I pergi pasti ada saja student MJ yg I kurang kenal menegur and ucap salam kat I. Terutamanya golongan perempuan. I hanya senyum sahaja. Waktu balik tadi adalah sgt ketara, dlm perjalanan ke bus stop someone girl from lower six berbisik (tapi I dpt dgr) to her friend ''Cepat2! bang Dina dtg aie!''..
I buat2 tak tahu and mereka tiba2 tersengih2 dpn I.. I hanya tersenyum..well, I lebih suka senyum drpd bercakap. Pelik jer I tgk mereka berdua...motif??

Selain itu, beberapa hari lepas, dalam kantin, I meletakkan pen dan sebuah buku di atas meja kantin. Then, I tinggalkan sekejap buku di atas meja untuk membeli makanan. Bila I kembali, pen I tu dah lesap. I tanyalah dengan sapa2 yg ada kat situ samada tertengok pen I, pastu salah seorang budak cakap ada beberapa pelajar perempuan yg buka buku I tadi and maybe pen I tu dah diselam oleh mereka. Sangatlah dasyat!! Pen I pun nk curi. I sangat percaya mereka adalah my SECRET ADMIRE kot??? cehh..haha..perasan..
 and maybe mereka buka buku I untuk tgk tulisan I yg seperti doktor itu?..

FB pulak lain cerita, sedang syok2 I membaca status2 org pasti ada saja budak2 perempuan dlm kalangan form 1,form 2 chat...and tanya macam-macam dan pelik pelik. Sehingga jenama perfume or whatever it is pun nak ditanya...I pakai perfume murah jer ok..Ada jugak budak minta num hp, tp I dengan cara yg baik menjelaskan bahawa I jarang guna hp, msg2 melalui FB jer..(sgtlah penipu besar) hahaha.. Jadi I tidak bagi kepada sapa2 yg I kurang kenal kecuali la budak tu pengawas ker barulah boleh bagi... Janganlah ada pulak budak yg sangup memohon jadi pengawas semata-mata untuk dapatkan no I. Bodoh sunguh kalau perkara macam itu berlaku....hahaha...

I berasa sangat bersyukur kerana diterima oleh ramai orang dalam sekolah tersebut.
I sedar yg I baru setahun melangkah masuk sekolah tersebut. I bukanlah popular mana pun seperti Mike, Zaer dan lain2, I hanya seorang budak yang pendiam dan suka bergaul dengan org tertentu sahaja. Maksud I bukanlah memilih kawan, I berkawan dengan semua org tapi orang itu haruslah tidak kurang ajar.
Owh ya!, I ada seorang kawan apabila dengan orang lain memang kurang ajar tapi dengan I tidak pulak. Budak lelaki ini baru jer form 1 and pengawas serta sama group dance. I kekadang pelik lah jugak, kenapa dia bersifat kurang ajar dgn org lain tetapi tidak dgn I. Setelah puas memikir tentang dia barulah I faham :
1. apabila dia tidak ada duit pasti I bagi walaupun dia xminta.
2. kerana I tidak ber 'aku' 'kau' dgn dia.
3. kerana dia merupakan ahli dance I.
4. semasa dia bergaduh I pulak yg tolong pujuk.
5. kerana hp I adalah hp dia jugak.
6. kerana dia selalu cerita masalah dia kat I
7. dan yg terakhir I tahu RAHSIA dia yg I sendiri tak percaya...
Maybe sebab2 yg dinyatakan di atas kot yg menyebabkan dia hormat kat I.

Huhuhu...panjang lebar sungguh entry ini..
Kepada kawan2 di luar sana, nikmatilah zaman persekolahan anda sepuas-puasnya. Kerana bila anda sudah habis alam persekolahn, pastinya anda akan menangis seorang diri mengenangkan zaman2 yg pernah dilalui bersama rakan2 anda semenjak form 1 dan mungkin semenjak sekolah rendah lagi. Ya, I bercakap benar kerana I sendiri sudah pernah melaluinya. ;(

2 comments:

  1. mac ka? ahahah! apa dakka RAHSIA yg tidak d'percayai ya. uuuuuu! hahaha. yerr~ bang joe da peminat! fuyoh2.. :D:D

    ReplyDelete
  2. aok,..nya lah ya....;p
    emmmm,,..aie..alu malu sorang dirik kmk tok...

    ReplyDelete