Saturday, July 24, 2010

The Histeria School

Kelmarin gempak dengan satu peristiwa yang berlaku kat sekolah.
Ramai pelajar perempuan muslim kena HISTERIA.
Serammm gile..
I dapat tahu setelah semua pengawas lelaki dipanggil melalui PA system untuk bergumpul di lobi.
nerves siot..
Kami disuruh untuk menghalau mana-mana pelajar yang berada di kawasan makmal dan bengkel.
Kerana disitulah tempat kejadian bermula, di dalam tandas.

Pagi sebelum kejadian berlaku..kira-kira pukul 6.45am, I sorang2 berada di makmal kerana I bertugas di situ. Pengawas lain belum ada, I memang sudah rasa sedikit pelik kerana semasa I berjalan, I terdengar bunyi org berjalan dari belakang, memang meremang bulu roma, but dunno, maybe itu bunyi pantulan tapak kasut I sendiri. So I tidak la peduli sgt.

Berbalik kepada topik, nampaknya Histeria ini boleh berjangkit kepada orang lain. Bila sorang dah kena, org lain boleh kena juga terutamanya perempuan yang lemah semangat. Memang ramai yg terkena semalam dan semuanya adalah perempuan muslim.

I dapat menyaksikan dengan sendiri bagaimana orang yang terkena histeria berinteraksi dengan si pengubat.
Ini adalah kerana mr. M yg mengajak I masuk ke dalam surau untuk melihat situasi tersebut.
hehe..^_^
Selepas itu, ada seorang student yang terkena histeria hampir melarikan diri dari surau tapi sempat ditahan oleh beberapa org pelajar termasuk I. sebenarnya I taknak sentuh pun org yang terkena histeria, kerana takut diri ini terkena jugak.. tapi atas suruhan Ustaz, I telah menahan kakinya dan dibantu oleh beberapa pelajar lelaki lain. Si histeria memekak sangat kuat.. dengan ayat yang sering keluar dari mulutnya "PANAS!!" dan ''LEPASKAN AKU!!''
oh my god,..badanku mula menggeletar.. I terlihat matanya yg kemerahan..

then kawan I datang bagitau yg mak I dh sampai.. nampaknya I harus balik..
I menyuruh Zaer tolong tahan kaki budak perempuan histeria itu untuk ganti tempat I.
Adalah sangat rugi tidak dapat join diorang...T.T
kerana I sangat2 curious tentang perkara2 macam ini.

Malamnya, I on9 FB, hampir kesemua status di update student-student MJ about histeria.
termasuk official group SMK Matang Jaya..
Sungguh hangat isu ini diperdebatkan.

Ada seorang budak yang terkena histeria jugak sempat on9 jugak pada malam itu.
Dia menceritakan apa yg dilihatnya kepada rakannya.
I turut tidak ketinggalan membaca komen statusnya.
Antaranya adalah, dia melihat wajah seorang ''wanita'' dimana wajah ''wanita'' tersebut buruk sebelah dan berulat di dalam tandas..
Ngeri jugak dibuatnya membaca status2 mereka..

Harap2 perkara ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Sgt mengganggu bagi kami yg bakal menghadapi exam besar tidak lama lagi... By the way, kejadian ini menyebabkan I teringat pada sekolah lama I di STAR. kerana sekolah tersebut memang selalu jugak terkena gangguan histeria seperti ini.

No comments:

Post a Comment